Pages

Wednesday, 21 November 2012

Cinta yang di hulur

Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya diam.
Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya memandang.
Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya seukir senyuman.
Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya berkata 'OK'.
Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya merasa dari luaran.

Apa sudah jadi dengan aku ini?
Kenapa begitu kosong perasaanku?
Kejamkah aku jika aku menolak cintanya?

Sukar benar hatiku untuk mengukir namanya.
Sukar benar diri ini mahu menyambut cinta yang dihulur.
Sukar benar diri ini untuk menerima seseorang dalam hidup.
Sukar benar diri ini mahu beri peluang kepadanya.

Sedangkan dia setia di situ, menanti dan terus mencuba.
Detik, dua detik, tiga detik
Seringkali bertanya,
"Apa lagi yang kau nak hati?"

Kosong perasaan dan hati ini untuk menyambut cinta yang baru.


sas: Maafkan aku si penghulur cinta.


Sunday, 4 November 2012

Aku tahu

Aku tahu walau sekuat mana pun aku menjerit namamu
kamu takkan mendengar lagi

Aku tahu kalau aku hanya berdiri di sini sahaja
kamu takkan berpaling kembali

Aku tahu kalau aku cuba menunggumu
kamu takkan berpatah balik

Aku tahu jika aku terusan menangis
kamu takkan datang mengesat air mata ini

Aku tahu andai aku katakan aku cinta padamu
kamu takkan percaya

Aku tahu jika aku terusan mengatakan aku rindu padamu
kamu takkan senyum dan ungkapkan ayat yang sama kepadaku

Aku tahu semua isi hatimu bahawa
kamu takkan memahamiku

Aku tahu semuanya sudah terlambat
kamu takkan seperti dulu

Aku tahu segalanya..........


This one

I miss him so much and saying his name along really brings tears to my eyes.

Empangan

Empangan yang dulu kuat binaannya menjadi semakin rapuh dan rapuh sehingga pecah dan terkeluar air yang berada di dalamnya.

Kemudian empangan itu dibina semula dengan hasil kerja yang penuh dengan kegigihan supaya tidak bocor mahupun pecah dengan sepenuh tenaga dan sokongan dari pelbagai pihak.

Tapi empangan itu tidak sekukuh seperti yang dijangka kerana ia akhirnya tetap bocor dan empangan yang selama ini hanya bertahan berbulan akhirnya berlubang juga.

Air mula mengalir keluar tanpa sempat ditahan atau ditadah dengan lajunya seiring dengan desakan gelombang di dalam yang mengasak supaya air itu terus mengalir keluar.

Oleh kerana Hati memberi pelbagai pressure, akhirnya Empangan Air Mata tidak dapat menampung lagi jumlah air mata yang selama ini ditahan.




sas: air akan berhenti mengalir bila empangan dibina semula


Tuesday, 9 October 2012

Hampir

JIka di kira kira, di hitung hitung, di lihat lihat, hari semakin hari, tarikh 'bahagia' itu makin hampir.. Lagi sebulan. Apakah yang aku rasa sekarang ini? Sedang aku menaip penulisan ini hatiku tidak terdetik apa apa perasaan aneh. Cuma hanya tidak mahu hari itu datang menjengahku dan seperti mahu men-skip kan diri dari tarikh itu sahaja. Boleh? Pastinya tidak bukan kerana aku perlu berdepan dengan realiti. Perkara itu dan peristiwa yang berlaku pada tarikh itu takkan berulang kembali.

Ku yakin 190% dengan hatiku, saat itu takkan kembali.

Aku redha. Aku pasrah. Ini takdir yang telah ditentukan kepada aku. Dan aku harus terima dan laluinya seperti hari hari biasa.

Mana mungkin aku boleh melupakan tarikh itu. Ya tidak sama sekali. Sentiasa berdoa semoga apabila tarikh itu hadir nanti, hatiku tidak terdetik kisah lampau dan aku dah cukup kuat dan sekuat yang boleh menghadapinya.

Allah sentiasa ada bersama aku dan akan menolongku. Aku tahu itu :')


sas: semoga aku terus kuat


Hilang

Dalam kesamaran aku sedang berperang dengan pelbagai kertas dan perkataan-perkataan pelik yang aku terpaksa masukkan dalam otak ku ini, aku cuba untuk melakukan sesuatu yang aku rasa sangat sukar untuk ku lakukan.  Apa itu? Aku cuba HILANG kan diri ku dari dunia IT. Dari dunia internet yang sering sahaja menggoda diriku untuk menumpukan perhatian kepadanya sedangkan yang harusku belai adalah kekasih sementara ku iaitu subjek-subjek yang harusku hadapi lagi dua hari.

Bagiku tersangatlah susah untuk aku tinggalkan dunia yang sudah sebati denganku itu terutama sekali di lama sosial Twitter. Kerana ia sudah menjadi sahabat sejati, pendengar setia, pengrespon yang bagus dan juga boyfriend yang baik untuk aku sejak aku mula 'jatuh cinta' dengannya.  Bagaimana aku harus tinggalkannya dan hilang? hmmm

Aku juga mahu hilang untuk melihat sejauh mana orang yang caring mengenai hal aku, orang yang sering mengambil berat hal ku, orang yang sering berkata bahawa dia tak boleh lihat aku susah BETUL-BETUL benar kisah kan hal aku atau sekadar kata-kata sahaja.  Adakah mereka merindui aku seperti aku merindui mereka? Adakah mereka akan mencari aku?

Ya, jujurku katakan aku merindui orang-orang di dalam laman burung biru itu. Terutama sekali orang yang sering buatku tersenyum, bahagia, dan sentiasa memberiku semangat untuk terus berjalan dalam kehidupan yang penuh dengan drama ini.



 sas: sedang cuba hilang


Wednesday, 12 September 2012

Hadir Semula


Kenapa perlu hadir semula kalau hanya untuk menyakiti?

Pelbagai persoalan bermain di benak fikiranku sejak kebelakangan ini. 'Mengapa. Kenapa. Apakah.' adalah soalan pertama yang akan muncul.. Aku cuba untuk mencari jawapan yang pasti, tetapi hanya sia sia kerana semua jawapan itu ada pada dirinya dan juga Hanya Allah sahaja mengetahui.

Dia muncul semula ketika aku cuba perlahan-lahan ingin melupakan dirinya. Dia muncul semula ketika aku sedang bina kembali kehidupan aku yang dahulu. Dia muncul semula ketika aku sedang cuba tidak merindui dirinya. Dia muncul semula ketika aku sedang cuba untuk membukakan pintu hatiku pada yang sudi dan layak. Dia muncul semula ketika aku sudahpun 'berjalan' berlalu pergi dari hidupnya.

Mungkin kehadiran dirinya ini hanyalah sementara sahaja dan bukanlah bertujuan untuk kembali kepada keadaan yang dulu di mana kami bahagia bersama, tetapi aku tetap terasa impaknya.  Dan aku yakin, kini hatinya sudah sepenuhnya tiada lagi nama aku.  Aku tak salahkan dirinya yang sekejap ada dan kemudian hilang entah ke mana kerana aku sudah biasa seperti itu.  Tetapi aku tertanya kenapa harus sekarang? Kenapa ketika kotak fikiranku sudah pudar namanya..? Apakah yang Allah cuba tunjukkan padaku?  

Aku tipu pada diri sendiri jika ku katakan aku tidak sakit hati, terasa hati, kecil hati ataupun tawar hati dengannya..tetapi itu semua perasaan yang mungkin hanya sementara sahaja kerana selepas aku berperasaan begitu, aku pasti merindui dirinya.. Dan KENAPA aku harus berperasaan dan rasa seperti itu??

Dan juga aku terfikir, adakah kemungkinan nanti ketika hatiku sudah tertulis nama yang lain, nama dia masih muncul di fikiranku? Aku berharap biarpun dia muncul kelak, ianya hanyalah sebagai seorang kawan dan bukan sebagai seseorang yang pernah aku cintai. TETAPI ada juga kah kemungkinan yang dia akan kembali semula di dalam hidupku? Angin telinga sentiasa berbisik tidak mungkin kerana jika dia mahu aku, dia sudah kembali berbulan yang lalu.Bukan sekarang. Benar?

Hari hari aku berdoa supaya Allah sentiasa menunjukkan aku ke jalan yang benar dan ke jalan yang diredhai olehNya..  Ya, walaupun sekarang ku akui Allah telah tunjukkan satu persatu secara perlahan mengapa aku tidak bersama dengannya dan cara untuk aku melepaskannya pergi. :') Terima Kasih Ya Allah. 




sas: Hadirlah jika hati benar-benar ikhlas ingin mencintaiku.


 

Friday, 3 August 2012

N.E.W

 
Hey! Okay start dari post ni dan ke atas, segala post dan cerita yang akan dibuat bukanlah hanya pasal DIA sahaja, tetapi juga mengenai my life, my journey, my story, my heart and segala gala yang berkaitan dengan SASASZ lah.. Cerita 'Mengimbau Kembali' akan di sambung, tetapi bukan masa yang terdekat ini kot.sebab cerita tu mengambil masa yang agak lama ya untuk di taip kerna kena ingat semula semuanya. 
Dan mungkin title untuk setiap post itu akan ditulis dengan tarikh kerana tarikh tulah penting untuk pembaca semua ketahui bila cerita itu terjadi. 


Saturday, 28 July 2012

Explain

 

 Hey! Pada sesiapa yg baca blog ni, harap tiada yg terasa hati kerana blog ini 

hanyalah sebuah lakaran dari hati saya. Tiada niat negatif apabila saya buat 

blog ini. Terima kasih kerana sudi menjenguk.

 

 

 

Friday, 27 July 2012

Mengimbau kembali (i)



He: Thanks

Me: Sorry tanya, kita kenal ke hah? :)

He: Rasa tak :)

9 May 2011. Bermulalah perkenalan dua insan yang tidak mengenali antara satu sama lain. Dia hanya add aku di Facebook, dan aku hanya approved sahaja. Tapi sebelum aku approve tu, aku tengok dulu mutual friend dia, and gambar dia. Kot kot lah aku kenal ke kan. Hahaa ternyata aku tak kenal. Bila aku tengok gambar dia, first thing yang aku sebut, "tak hensem lah mamat ni, gemuk pulak tu. ntah siapa siapa lah yang add aku." Kemudian, aku hanya nampak dia online tapi tak pernah ada perasaan pun nak tegur sehinggaaaa........

Selang beberapa bulan selepas itu, August kalau tak silap aku, dia mula like apa yang aku post, gambar aku semua dan kami mula ber-chatting. HAHA time tu kalau korang nak tau, aku stalk dia dalam diam. Aku tengok semua gambar dia, aku tengok dia comment dengan siapa sampaikan aku pernah gelarkan dia playboy sebab main comment dengan ramai sangat perempuan. Bila aku tanya ada gf ke tak, dia taknak mengaku. Naahhh manalah aku tak tuduh dia macam tu. hee.. Then, dah lama lama tu, aku dapat rasa sesuatu. Suatu yang sangat lain. Aku mula berangan yang dia akan jadi kekasih hati aku. Aku siap tunjuk dekat kawan bilik lagi okay tak mamat ni. haha dorang kata okay je. Almost everyday dia teman aku study. Setiap malam. Sampaikan aku pernah gelarkan dia 'teman di waktu malam'. Setiap malam, kalau nak study, aku mesti online sebab nak hilangkan ngantuk, dan dia sentiasa menemani aku. Satu malam tu, dia ada ajak aku skype. Ya Allah, masa tu aku terkejut kot. Tak sangka ada orang ajak aku skype. Aku pun tolak dengan baik. Aku cakap aku tak biasa. Yelah kan, gilo ke apa orang yang baru kenal dah ajak aku skype. aisshhh memang tak lah kan. Dia pernah janji nak bagi aku bear besar.aku mintak bear yang lagi besar dari dia. HAHA demand kan aku. Dia kata mana nak cari bear yg besar dari dia sebab dia pun dah besar. HAHAHA comel. Sebelum raya dia wish aku, dan aku wish dia. Aku masih ingat, malam raya aku IM dengan dia sebab aku tak tidur lagi dan dia pun sama. Kami borak lama dan aku mengadu kat dia pasal bb aku ni haa..Theb dia cakap lah itu ini pasal bb.okay masa tu aku sepatah haram tak paham sebab aku tawar hati dengan bb baru aku tu. Selepas tu, aku busy dengan final dan ada conflict masa exam sem1 dulu sampaikan aku dah jarang online. Kami wish goodluck pun lepas beberapa final paper dah start. hmm

Habis sahaja semester 1, aku dah mula jarang online. Kalau kami nak borak pun, mesti sekejap sekejap. Tak pernah lama. Sentiasa sahaja apa yang kami send tu akan masuk as a massage. Setiap kali dia contact aku, aku rasa sangat happy walaupun aku tahu masa tu di hati dia ada orang lain. W. Hari hari aku tengok twitter dia. Aku baca conversation dia dengan W. Bila aku tahu di waktu itu dia sedang bersama dengan W, aku sedih sebab crush aku suka kat orang lain. Mula lah aku post benda benda jiwang je kan. haha dan dia perasan. Dia pernah tanya aku siapa yang aku suka. NAAAHHHH takkan lah aku nak jawab dia kan, malu lah aku. Hehee.. Bila bb aku dah elok, BIS pun dah activated, aku mintak bbpin dia. Aku mintak di fb, twitter, tapi sayangnya dia tak balas. Aku mula sedih dan fikir, 'oh mamat ni mungkin tak sudi kot nak bagi bbpin dia kat aku'.. Aku mula buat biasa sahaja dan masih menanti dia untuk contact aku di fb. ;)

Suatu malam, pada hujung bulan October 2011 tak silap aku, and masa tu dia baru lepas celebrated anniversary parents dia, dia mintak bbpin aku. Ya Allah, masa tu tak payah cakap lah kan betapa gembiranya aku sampai nak makan pun aku terbantut. HAHAHA.. Kami mula ber-bbm sampai lebam. Hari hari. Setiap masa. Tak pernah tak bbm. Walau busy macam mana pun aku masa tu, aku tetap reply bbm dia. Hey! Crush bbm kot. Of course lah suka. Setiap malam dia akan cakap dia akan tunggu aku tidur. Ya, setiap malam dia buat macam tu kadang kadang dia yang tertidur dulu sebab penat. Dannn bila dia panggil aku dengan gelaran CIKTAM, aku pun panggil dia MUNCIT sebab gambar DP dia masa tu nampak perut dia sikit..hehehee.. Hari Raya Haji. Aku gembira sebab dapat sambut dengan dia dan kenduri cousin aku, aku dapat kongsi segala apa yang aku rasa dengannya. Dari hal persiapan kahwin - photographer - pakai baju apa - make up - sakit - SEMUA lah.. Tak jemu jemu dia melayan aku. :') sampaikan aku tak sihat semasa kenduri itu pun dia risau. Bila dia kata dia risau, itu yang buatkan aku mula ada perasaan lain dari suka kat dia. Ngeee :3 *dia pernah cakap 'DEAR' kat aku masa tu >.<

Semasa kenduri, sudah semestinya kan orang ramai, sedara mara ramai. Hampir semua sedara mara aku yang hadir, pasti akan bertanyakan soalan yang sama kat aku. "bf orang mana? orang sana?" aku hanya mampu tersenyum dan cakap, "masih orang sini" *sambil terfikir diri dia. nama dia je dalam otak aku.* Hahaha kelakar kan. Cousin aku dah start sengih kerang sumbing dah kat aku bila aku cakap "still lagi berminat orang semenanjung" (*^.^*) Masa persiapan tu ada lah jugak dia bagi hint hint kat aku yang dia suka kat aku, tapi aku buat buat tak faham sebab malas nak layan sangat perasaan PERASAN ni kan..hehehe. Setiap malam sebelum tidur, aku mesti tanya pendapat cousin aku mengenai dia. 'macam mana kalau aku terjatuh cinta dengannya' 'macam mana kalau aku je yang bertepuk sebelah tangan' 'macam mana kalau aku terluka kan hatinya' haaaa hanya cousin aku je yang mampu melayan kerenah jiwa gediks aku time tu. HAHA.. Dan dan SETIAP MALAM aku kat kampung, dia akan menemani aku sambil kami mengenali diri masing-masing. hihihi

Lepas kenduri kat Penang, aku dan parents aku gerak balik ke kampung halaman aku yang satu lagi iaitu di Kelantan. Masa tu kat sana line tak berapa nak menarik sangatlah but still boleh bbm dengan dia. hey hey! Dia siap wish "have a save journey" lagi tau kat twitter. How sweet :') ngee.. Okay then ada satu malam tu, sebelum maghrib tak silap aku, masa aku tengah bersenang lenang bersama sedara mara dan mek(nenek) aku, TETIBA aku TERKEJUT terbaca tweets dia yang BIS dia dah tamat dan dan dia dah TAKNAK renew dah. Aku stalk lagi then ada ke dia jawab macam lebih kurang tak function pun kalau dia renew. Aku tanya pun, dia jawab benda yang sama. huhhh masa tu Allah sahaja yang tahu perasaan aku sampaikan mata aku berair mengalir kot! Muka aku terus jadi panas. Dalam hati ni haa toksah cerita lah, macam macam persoalan ada. 'tak sudi dah ke 'tak suka kita dah ke' 'ke sebab malas nak layan kerenah kita ni' hmm nasiblah masa tu tiada orang perasan riak muka aku macam mana. Selang sejam kot, aku pegi mandi solat semua, aku check fon aku, aku dapat SATU DM di Twitter. Aku baca DAN AKU SANGAT TERKEJUT SAMPAI TAK TAHU NAK CAKAP APA! Aku dapat satu ayat yang memang aku nantikan dari seseorang, iaitu luahan bahawa dia SUDAH JATUH CINTA denganKU. Danngggg!!! *terus lidah kelu* Happy? Ofcos lah kan sebab Crush kita luahkan something special! :DDDDD 27minit lepas dia send, aku hanya reply " :) " SAHAJA sebab aku taktahu nak reply apa. Kang tersalah reply, dia terasa pulak. Terusan malam tu aku bagitahu kat bestfriend aku pasal hal ni. HAHA seperti yang dijangka, bff aku tu menjerit bagai nak gila sebab ada someone cakap macam tu kat aku. HEHEE aku tetap tak reply lagi statement dia tu. Esoknya tu kat twitter dia penuh dengan dia post menanti jawapan aku je. Rasa serba salah menyelubungi diri aku. Sebab apa? sebab tak balas lah..
Then, malam tu, aku reply jugak dengan kekuatan yang ada. Aku bagitahu yang aku suka dia juga tapi tidak lagi merasa perasaan ke arah cinta. Syukur, dia memahami aku waktu itu kerana dia kenal aku ini jenis yang macam mana. THANKS :) Ada satu malam tu, dia post kat twitter dia "saya rindu awak" dan aku baca, terus aku post kat twitter aku, "if you miss me, text me" terusan dia bbm aku! :D haha comel kan? :B

After sesi luahan itu berlalu, aku berasa sangat bahagia, senyum tu tak payah hingatlah kan sampai lebih ke telinga.. Perbualan, perhubungan kami berjalan seperti biasa macam sedia kala cuma perasaan tu dah lain. hehee.. Masa otw balik dari kampung ke rumah memang aku selalunya off fon sebab aku tak suka text dalam kereta.nanti abah aku akan perli aku sibuk dengan fon je.. So aku amik keputusan untuk tidur je sepanjang perjalanan sambil menahan hati dan jari dari bbm dengan dia. :( Dia faham, itu yang buatkan aku selesa dengannya..............................................................................


sas: to be continue :)


Sunday, 22 July 2012

Sooner or later



I will be back on 26 July 2012.. insyaAllah. Salam Ramadhan :D


Wednesday, 23 May 2012

Luahan.


Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hati ini. Apa yang ku rasa. Apa yang ada dalam hatiku. Rindu. Ya. Aku rindu akan dirinya walaupun hampir 4 bulan kami sudah tiada apa apa, tapi aku  masih ingat segalanya dari awal perkenalan kami lagi sampailah ke hari terakhir aku bersama dengannya. Kenapa? Itu yang menjadi persoalannya sekarang. Kenapa aku masih ingat dia? Kenapa begitu sukar sekali untuk aku lupakan dirinya? Ya Allah... Sungguh payah sekali untuk aku lupa akan dirinya. Pelbagai cara sudah aku lakukan, tapi tetap payah. huhh.


May, sekarang sudah pun masuk ke bulan 5. Bermulanya awal may sehingga ke hari ini, 23 May, aku masih mengingatinya. Tetapi ada satu benda yang aku bangga terhadap diri aku sekarang ini kerana aku berjaya kurangkan perasaan rindu, sayang, cinta terhadap dirinya.. Masuk sahaja bulan May, diriku menjadi bertambah kuat, yakin dan senang untuk bergerak ke hadapan. Alhamdulillah. Allah dah tunjukkan ku jalan yang benar. Jalan yang sepatutnya aku pilih. Tidak lagi tunggu akan dirinya yang kini sudah pun berubah hati terhadap orang lain. Kini, aku tidak lagi menunggu insan itu, insan yang selama ini aku sayang, insan yang selama ini aku cinta, kerana aku percaya, di luar sana pasti ada lagi seseorang yang dapat memberikan ku bahagia seperti dia pernah beri kepada ku suatu ketika dahulu.

Hari semakin hari, aku semakin sedar, dia bukanlah untukku. Dari penulisannya, dari cara kami berhubung, dari cara dia melayan aku, dari cara dia berkomunikasi denganku, aku sedar bahawa dia sudah berubah dan dia bukanlah untukku lagi. Dapatku rasakan hatinya kini sepenuhnya tiada namaku. Aku yakin. Terima kasih Allah kerana telah tunjukkan aku bahawa dia sudah pun berubah hati. Sedih itu perkara biasa yang semua akan rasa apabila mendapat tahu orang yang kita cinta telah pun menyanyangi orang lain. Aku pasrah. Aku redha. Mungkin ini jalan yang terbaik supaya senang untuk aku move on. Ya, sekarang aku sedang belajar untuk bergerak perlahan lahan tinggalkan dirinya. Aku lepaskan dirinya kepada orang yang lagi berhak. Aku tidak layak untuk memiliki hatinya lagi.

Orang lain boleh kuat, kenapa tidak aku, bukan? Kini aku makin kuat untuk melupakan dirinya, tinggalkan dirinya, kurangkan sayang dan cinta aku terhadap dirinya. Percaya ada hikmah disebalik yang berlaku. Allah ada buat plan yang sangat cantik untuk diriku, kenapa perlu aku ragui tentang ketentuannya..




sas: Let it go and move on.


Thursday, 5 April 2012

I.L.Y

 With what has happened to me, I'll say, finally now I can admit it's true  

I LOVE YOU.

 

 

 

L O V E itu C I N T A


 Satu perkataan yang amat mudah disebut, mudah ditulis tetapi susah untuk diluahkan dan dimengertikan. Perkataan ini jugaklah aku tak pernah sebut walau sekali pun kepada si dia. How stupid I am right? Yeahh people always said that. But do you know the reason why I never say this words? Its really hard for me. Perasaan tu dah ada, cuma tak pernah nak luahkan je. Dia sentiasa menanti aku mengucapkan perkataan cinta ini kepada dia, tetapi sampai ke sudah tidak ku sebut.. Bukan aku tidak mahu sebut perkataan keramat ini, cuma aku takut. Pelbagai kemungkinan yg negatif bermain dimindaku. huh sungguh aku kecewa dengan diri aku sebenarnya. 
Salah satu sebab kenapa aku tidak pernah mengungkapkan kata-kata itu kerana kami tidak pernah berjumpa. Aku takut kalau suatu hari nanti di mana aku sudah terlalu mencintai dirinya, dia akan pergi meninggalkanku. Aku juga sudah pasang angan-angan ingin mengucapkan perkataan ini secara face-to-face tidak kira sama ada di skype mahupun jumpa secara depan-depan. Tetapi angan-angan aku itu berlalu seperti angin.
Pada suatu malam itu, aku ingin sekali ungkapkan perkataan ini, tetapi sayangnya si dia ada berkata sesuatu yang menyebabkan aku rasa seperti hmm mungkin tidak sesuai aku ungkapkan pada masa itu. Dia sudah buat keputusan untuk menjadi kawan aku sahaja, adakah di waktu itu sesuai untuk aku katakan padanya aku cinta akan dirinya? Tidak padaku.
Aku selalu biarkan dia tertunggu-tunggu akan perkataan itu. Tetapi sikit pun aku tidak sebut.  Almost everyday he tried to make me falling in love with him. Jujurnya aku jatuh cinta akan dirinya. Cuma aku tidak pernah luahkan. TIDAK PERNAH.
Setelah dia tinggalkan aku, baru ku tahu sebab dia tinggalkan aku. Kerana CINTA. Dia sangkakan aku tolak cintanya. Dia sangkakan aku tidak pernah cintakan nya. Dia sangkakan aku tidak pernah ada perasaan tersebut. Nahhh! Ternyata dia salah tanggapan akan diriku. Kenapa begitu? hmm hanya kerana aku tidak pernah mengungkapkannya. Itu sahaja. Dia ingat dia tidak pernah dapat cinta dariku. 
Ya Allah, adakah aku yang bersalah dalam hal ini? Cuma hanya satu perkataan sahaja aku tidak pernah sebut atau ungkapkan, dia sudah lari meninggalkan aku sebegitu.. Perkataan CINTA tersangat penting bagi dirinya walaupun aku sangatlah menyayangi dirinya. Sungguh ku kecewa. Tersangat kecewa. 

Dear you, I love you so much. Why you always think negative about that? Yes, I do still loves you. Like before. Now you already know about it. But you still, hmm............



sas: I really Loves you.

Sunday, 1 April 2012

 

YOU, I MISS YOU SO DAMN MUCH.



Me - He - Me

 

Me: Dear _ _, if i asked you not to go, will you stay?

 

He:  I will for sure, insyaAllah.


Me: :')

 

 

 

 

Monday, 26 March 2012

Kosong by Najwa Latif.

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong


Thursday, 22 March 2012

Aku kah yang bersalah?


Hari-hari aku tanya diri aku sendiri, apa salah aku sampai aku jadi begini. Hari-hari aku fikir. Setiap kali bangun tidur, mesti dia sahaja yang datang dek benak fikiranku. Tiada yang lain. Aku hampa pabila orang sekeliling yang tak mengenali diriku secara tiba-tiba membuat andaian yang bukan-bukan. Adakah korang tahu apa yang terjadi antara aku dan dia? tidak bukan? ya korang TIDAK tahu apa-apa pun. Tetapi kenapa masih ada yang cuba menuduh aku itu ini?  

You have know NOTHING about me!

 Tapi judge aku bukan-bukan. Cakap aku tak hargai dia yang dah bersusah payah buat pelbagai cara untuk dapatkan aku. Apa semua ni? Siapa kata aku tak hargai??? Korang tahukah apa yang aku buat kat dia sebagai balasan? TIDAK bukan? Hanya aku dan dia sahaja yang tahu. haaa kenapa suka menilai orang dengan hanya melihat luaran sahaja...

Seorang hamba Allah ni katakan padaku bahawa apa yang si dia terima itu tak setimpal dari apa yang seharusnya si dia dapat. Ya Allah. Tak setimpal? Apa lagi yang boleh aku lakukan. Aku hanyalah seorang perempuan, yang berada jauh nun seberang laut. Takkan lah aku nak terbang ke sana semata-mata ingin mengucapkan terima kasih dan memberi si dia sesuatu yang amat bermakna. Aku hanya boleh berterima kasih dan mengharapkan Allah akan membalas segala benda yang dia lakukan.

Aku tahu semua sahabat si dia tak tahu bahawa aku SAYANG si dia kerana aku tidak pernah tunjuk di laman sosial itu. Haruskah aku tunjuk perasaan sayang aku tu kepada umum? Rasanya tak perlu bukan. Kerana bagiku biarlah hanya aku, dia dan Tuhan sahaja yang tahu..

Adakah itu salah aku???huh --"



sas: bukan aku yang bersalah.


Sunday, 18 March 2012

40. 6. 1. 3.


 Sudah 40 hari dari tarikh saya mula kehilangan awak. 6 minggu sudah berlalu sejak awak tinggalkan saya. 1 bulan sudah berlalu. 3 hari tidak bercakap dengan awak dalam telefon. Hari-hari saya mengira, menghitung hari tentang kehilangan awak dalam hidup saya. Dan saya tidak akan berhenti mengira sehingga awak hadir kembali dalam hidup saya ataupun sehingga hati saya sudah berubah. Hari-hari mesti ada sahaja kenangan kita yang lama menghantui hidup saya. Kenapa? Mungkin karena saya rindu akan awak yang jauh di sana. 
 Dalam kesibukkan saya membuat persiapan untuk menghadapi Final Exam, awak tetap muncul dalam kotak fikiran saya. Kalau boleh saya ingin buang jauh nama awak, muka awak, kenangan bersama awak seketika sehingga habis exam saya. Tetapi saya tidak mampu. 
40 hari sudah berlalu awak. Adakah saya patut stay atau move on sahaja? Setiap hari, setiap kali selepas saya bangun dari tidur saya terfikir benda yang sama. 40 satu angka yang besar dan kalau diikutkan sudah lama pun. Tetapi saya tetap tidak boleh melupakan diri awak.
Saya rindu. Tersangat rindu. Tapi apa saya boleh buat? Saya sudah melafazkan kata rindu saya terhadap awak melalui DM Twitter.tetapi seperti biasa tiada jawapan dari awak. Itu sangat mengecawakan saya awak. 
Semalam, saya mendapat berita yang menyedihkan saya. Saya perlukan seseorang untuk meluahkannya dan kebetulan awak online FB, saya tidak teragak-agak untuk meluahkan apa yang saya rasa sebab saya yakin awak sahaja yang bisa membuatkan saya tenang kembali. Awak, saya nangis semalam. Disaat saya dalam keadaan seperti itu, awak melayan saya seperti mahu tak mahu sahaja dan terusan awak hilang. Tahukah awak saya tunggu awak online kembali?saya tunggu awak.saya tunggu sampai pagi mengharapkan awak akan beri kata-kata semangat lagi kat saya. Tetapi sayangnya tidak.awak tidak membalas pun apa yang saya luahkan pada awak.

You said you still care about me. But why when I'm in trouble you 'walk away' just like that? Do you really care about me or just pretending that you still care?

Ya Allah, Dia sahaja yang tahu apa perasaaan saya masa tu. Saya nak call awak. Sangat nak call awak, tapi apabila awak menghilang......saya jadi buntu.buntu sangat sangat.



sas: mengharapakan 40 tidak menjadi 400.


Saturday, 17 March 2012

TERjumpa blog ini.


Hai awak, andai awak terjumpa blog ni, maknanya awak dah stalk saya dengan jayanyaa sebab saya tak bagitau sesiapa pun yang saya ada blog ni. Tahniah. Dan sekarang awak sedang membaca pun post saya yang ini. Ini baru post saya yang ketiga. Pasti awak akan baca post saya yang lain kan? Tak mustahil lah..sebab kebanyakkan nya nanti post saya mengenai awak je.. hee Welcome awak ke blog saya yang tak seberapa ni..heh :)


sas: malu tau saya


Wednesday, 14 March 2012

Baru.


Baru. Banyak benda baru yang aku belajar dalam kehidupan aku sejak kebelakangan ini. Antaranya adalah tentang erti sayang, rindu dan cinta. Kemunculan orang baru juga salah satu benda baru yang hadir dalam hidup aku. Nak tahu siapa? aha rahsia..hehee..

Nak cerita pasal orang baru tu. Dia muncul tanpa kusedari. Sentiasa muncul di depan mata tetapi aku tidak pandang walau sekilas pun akan kemunculannya. Hadirnya dia di laman Facebook. Laman sosial yang sangat terkenal tu. Dia add aku, then aku approve dia. Kami hanya mula berhubung sejak dia 'Like' gambar aku kalau tak salah lah.kemudian benda yang sama aku buat. Sejak dari haritu, kami sentiasa berhubung dan terus berhubung sampai Allah bukakan pintu hati kami untuk saling menyayangi. Kemunculannya bagaikan memberi sinar baru di dalam hidupku. Aku bahagia. Aku gembira. Aku rasa seperti indah sangat ketika itu. Tetapi sayangnya, tidak berpanjang. Hubungan kami terputus secara tiba-tiba tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Dia memutuskan ikatan sayang kami selama ini dan terus melangkah pergi meninggalkan aku dengan penuh persoalan. Mengapa? hmm mungkin sudah ada orang baru yang sudah menjadi penghuni dihatinya.. Aku pun cuba untuk mencari orang baru, tapi tak mampu kerana susah untuk aku mencari pengganti.


sas: sukar untuk mencari yang baru.


Saturday, 10 March 2012

Hey I'm Back!


Hey. Hi Assalamualaikum.. I'm back! Rindunya nak bekarya semula di lama velog ni.haha.. Tujuan buat balik blog ni sebab hmm terasa nak buat balik lah.dah lama tinggalkan zaman menaip dengan penuh perasaan ni kan.jadinya makanya jadilah satu blog yg dinamakan 'LalaLand of Sasasz'.. kenapa nama ni? hmm ntah lah. Mungkin sebab nak mencoretkan karya luahan hati di sini. oh ya.Gambar di atas ni tiada kena mengena dengan post saya ya. hee.. Selamat membaca. :)


sas: =)