Pages

Thursday, 22 March 2012

Aku kah yang bersalah?


Hari-hari aku tanya diri aku sendiri, apa salah aku sampai aku jadi begini. Hari-hari aku fikir. Setiap kali bangun tidur, mesti dia sahaja yang datang dek benak fikiranku. Tiada yang lain. Aku hampa pabila orang sekeliling yang tak mengenali diriku secara tiba-tiba membuat andaian yang bukan-bukan. Adakah korang tahu apa yang terjadi antara aku dan dia? tidak bukan? ya korang TIDAK tahu apa-apa pun. Tetapi kenapa masih ada yang cuba menuduh aku itu ini?  

You have know NOTHING about me!

 Tapi judge aku bukan-bukan. Cakap aku tak hargai dia yang dah bersusah payah buat pelbagai cara untuk dapatkan aku. Apa semua ni? Siapa kata aku tak hargai??? Korang tahukah apa yang aku buat kat dia sebagai balasan? TIDAK bukan? Hanya aku dan dia sahaja yang tahu. haaa kenapa suka menilai orang dengan hanya melihat luaran sahaja...

Seorang hamba Allah ni katakan padaku bahawa apa yang si dia terima itu tak setimpal dari apa yang seharusnya si dia dapat. Ya Allah. Tak setimpal? Apa lagi yang boleh aku lakukan. Aku hanyalah seorang perempuan, yang berada jauh nun seberang laut. Takkan lah aku nak terbang ke sana semata-mata ingin mengucapkan terima kasih dan memberi si dia sesuatu yang amat bermakna. Aku hanya boleh berterima kasih dan mengharapkan Allah akan membalas segala benda yang dia lakukan.

Aku tahu semua sahabat si dia tak tahu bahawa aku SAYANG si dia kerana aku tidak pernah tunjuk di laman sosial itu. Haruskah aku tunjuk perasaan sayang aku tu kepada umum? Rasanya tak perlu bukan. Kerana bagiku biarlah hanya aku, dia dan Tuhan sahaja yang tahu..

Adakah itu salah aku???huh --"



sas: bukan aku yang bersalah.


No comments:

Post a Comment