Pages

Wednesday, 14 March 2012

Baru.


Baru. Banyak benda baru yang aku belajar dalam kehidupan aku sejak kebelakangan ini. Antaranya adalah tentang erti sayang, rindu dan cinta. Kemunculan orang baru juga salah satu benda baru yang hadir dalam hidup aku. Nak tahu siapa? aha rahsia..hehee..

Nak cerita pasal orang baru tu. Dia muncul tanpa kusedari. Sentiasa muncul di depan mata tetapi aku tidak pandang walau sekilas pun akan kemunculannya. Hadirnya dia di laman Facebook. Laman sosial yang sangat terkenal tu. Dia add aku, then aku approve dia. Kami hanya mula berhubung sejak dia 'Like' gambar aku kalau tak salah lah.kemudian benda yang sama aku buat. Sejak dari haritu, kami sentiasa berhubung dan terus berhubung sampai Allah bukakan pintu hati kami untuk saling menyayangi. Kemunculannya bagaikan memberi sinar baru di dalam hidupku. Aku bahagia. Aku gembira. Aku rasa seperti indah sangat ketika itu. Tetapi sayangnya, tidak berpanjang. Hubungan kami terputus secara tiba-tiba tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Dia memutuskan ikatan sayang kami selama ini dan terus melangkah pergi meninggalkan aku dengan penuh persoalan. Mengapa? hmm mungkin sudah ada orang baru yang sudah menjadi penghuni dihatinya.. Aku pun cuba untuk mencari orang baru, tapi tak mampu kerana susah untuk aku mencari pengganti.


sas: sukar untuk mencari yang baru.


No comments:

Post a Comment