Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hati ini. Apa yang ku rasa. Apa yang ada dalam hatiku. Rindu. Ya. Aku rindu akan dirinya walaupun hampir 4 bulan kami sudah tiada apa apa, tapi aku masih ingat segalanya dari awal perkenalan kami lagi sampailah ke hari terakhir aku bersama dengannya. Kenapa? Itu yang menjadi persoalannya sekarang. Kenapa aku masih ingat dia? Kenapa begitu sukar sekali untuk aku lupakan dirinya? Ya Allah... Sungguh payah sekali untuk aku lupa akan dirinya. Pelbagai cara sudah aku lakukan, tapi tetap payah. huhh.
May, sekarang sudah pun masuk ke bulan 5. Bermulanya awal may sehingga ke hari ini, 23 May, aku masih mengingatinya. Tetapi ada satu benda yang aku bangga terhadap diri aku sekarang ini kerana aku berjaya kurangkan perasaan rindu, sayang, cinta terhadap dirinya.. Masuk sahaja bulan May, diriku menjadi bertambah kuat, yakin dan senang untuk bergerak ke hadapan. Alhamdulillah. Allah dah tunjukkan ku jalan yang benar. Jalan yang sepatutnya aku pilih. Tidak lagi tunggu akan dirinya yang kini sudah pun berubah hati terhadap orang lain. Kini, aku tidak lagi menunggu insan itu, insan yang selama ini aku sayang, insan yang selama ini aku cinta, kerana aku percaya, di luar sana pasti ada lagi seseorang yang dapat memberikan ku bahagia seperti dia pernah beri kepada ku suatu ketika dahulu.
Hari semakin hari, aku semakin sedar, dia bukanlah untukku. Dari penulisannya, dari cara kami berhubung, dari cara dia melayan aku, dari cara dia berkomunikasi denganku, aku sedar bahawa dia sudah berubah dan dia bukanlah untukku lagi. Dapatku rasakan hatinya kini sepenuhnya tiada namaku. Aku yakin. Terima kasih Allah kerana telah tunjukkan aku bahawa dia sudah pun berubah hati. Sedih itu perkara biasa yang semua akan rasa apabila mendapat tahu orang yang kita cinta telah pun menyanyangi orang lain. Aku pasrah. Aku redha. Mungkin ini jalan yang terbaik supaya senang untuk aku move on. Ya, sekarang aku sedang belajar untuk bergerak perlahan lahan tinggalkan dirinya. Aku lepaskan dirinya kepada orang yang lagi berhak. Aku tidak layak untuk memiliki hatinya lagi.
Orang lain boleh kuat, kenapa tidak aku, bukan? Kini aku makin kuat untuk melupakan dirinya, tinggalkan dirinya, kurangkan sayang dan cinta aku terhadap dirinya. Percaya ada hikmah disebalik yang berlaku. Allah ada buat plan yang sangat cantik untuk diriku, kenapa perlu aku ragui tentang ketentuannya..
sas: Let it go and move on.
No comments:
Post a Comment