Pages

Tuesday, 9 October 2012

Hampir

JIka di kira kira, di hitung hitung, di lihat lihat, hari semakin hari, tarikh 'bahagia' itu makin hampir.. Lagi sebulan. Apakah yang aku rasa sekarang ini? Sedang aku menaip penulisan ini hatiku tidak terdetik apa apa perasaan aneh. Cuma hanya tidak mahu hari itu datang menjengahku dan seperti mahu men-skip kan diri dari tarikh itu sahaja. Boleh? Pastinya tidak bukan kerana aku perlu berdepan dengan realiti. Perkara itu dan peristiwa yang berlaku pada tarikh itu takkan berulang kembali.

Ku yakin 190% dengan hatiku, saat itu takkan kembali.

Aku redha. Aku pasrah. Ini takdir yang telah ditentukan kepada aku. Dan aku harus terima dan laluinya seperti hari hari biasa.

Mana mungkin aku boleh melupakan tarikh itu. Ya tidak sama sekali. Sentiasa berdoa semoga apabila tarikh itu hadir nanti, hatiku tidak terdetik kisah lampau dan aku dah cukup kuat dan sekuat yang boleh menghadapinya.

Allah sentiasa ada bersama aku dan akan menolongku. Aku tahu itu :')


sas: semoga aku terus kuat


No comments:

Post a Comment