Sudah 40 hari dari tarikh saya mula kehilangan awak. 6 minggu sudah berlalu sejak awak tinggalkan saya. 1 bulan sudah berlalu. 3 hari tidak bercakap dengan awak dalam telefon. Hari-hari saya mengira, menghitung hari tentang kehilangan awak dalam hidup saya. Dan saya tidak akan berhenti mengira sehingga awak hadir kembali dalam hidup saya ataupun sehingga hati saya sudah berubah. Hari-hari mesti ada sahaja kenangan kita yang lama menghantui hidup saya. Kenapa? Mungkin karena saya rindu akan awak yang jauh di sana.
Dalam kesibukkan saya membuat persiapan untuk menghadapi Final Exam, awak tetap muncul dalam kotak fikiran saya. Kalau boleh saya ingin buang jauh nama awak, muka awak, kenangan bersama awak seketika sehingga habis exam saya. Tetapi saya tidak mampu.
40 hari sudah berlalu awak. Adakah saya patut stay atau move on sahaja? Setiap hari, setiap kali selepas saya bangun dari tidur saya terfikir benda yang sama. 40 satu angka yang besar dan kalau diikutkan sudah lama pun. Tetapi saya tetap tidak boleh melupakan diri awak.
Saya rindu. Tersangat rindu. Tapi apa saya boleh buat? Saya sudah melafazkan kata rindu saya terhadap awak melalui DM Twitter.tetapi seperti biasa tiada jawapan dari awak. Itu sangat mengecawakan saya awak.
Semalam, saya mendapat berita yang menyedihkan saya. Saya perlukan seseorang untuk meluahkannya dan kebetulan awak online FB, saya tidak teragak-agak untuk meluahkan apa yang saya rasa sebab saya yakin awak sahaja yang bisa membuatkan saya tenang kembali. Awak, saya nangis semalam. Disaat saya dalam keadaan seperti itu, awak melayan saya seperti mahu tak mahu sahaja dan terusan awak hilang. Tahukah awak saya tunggu awak online kembali?saya tunggu awak.saya tunggu sampai pagi mengharapkan awak akan beri kata-kata semangat lagi kat saya. Tetapi sayangnya tidak.awak tidak membalas pun apa yang saya luahkan pada awak.
You said you still care about me. But why when I'm in trouble you 'walk away' just like that? Do you really care about me or just pretending that you still care?
Ya Allah, Dia sahaja yang tahu apa perasaaan saya masa tu. Saya nak call awak. Sangat nak call awak, tapi apabila awak menghilang......saya jadi buntu.buntu sangat sangat.
sas: mengharapakan 40 tidak menjadi 400.
No comments:
Post a Comment