Kenapa perlu hadir semula kalau hanya untuk menyakiti?
Pelbagai persoalan bermain di benak fikiranku sejak kebelakangan ini. 'Mengapa. Kenapa. Apakah.' adalah soalan pertama yang akan muncul.. Aku cuba untuk mencari jawapan yang pasti, tetapi hanya sia sia kerana semua jawapan itu ada pada dirinya dan juga Hanya Allah sahaja mengetahui.
Dia muncul semula ketika aku cuba perlahan-lahan ingin melupakan dirinya. Dia muncul semula ketika aku sedang bina kembali kehidupan aku yang dahulu. Dia muncul semula ketika aku sedang cuba tidak merindui dirinya. Dia muncul semula ketika aku sedang cuba untuk membukakan pintu hatiku pada yang sudi dan layak. Dia muncul semula ketika aku sudahpun 'berjalan' berlalu pergi dari hidupnya.
Mungkin kehadiran dirinya ini hanyalah sementara sahaja dan bukanlah bertujuan untuk kembali kepada keadaan yang dulu di mana kami bahagia bersama, tetapi aku tetap terasa impaknya. Dan aku yakin, kini hatinya sudah sepenuhnya tiada lagi nama aku. Aku tak salahkan dirinya yang sekejap ada dan kemudian hilang entah ke mana kerana aku sudah biasa seperti itu. Tetapi aku tertanya kenapa harus sekarang? Kenapa ketika kotak fikiranku sudah pudar namanya..? Apakah yang Allah cuba tunjukkan padaku?
Aku tipu pada diri sendiri jika ku katakan aku tidak sakit hati, terasa hati, kecil hati ataupun tawar hati dengannya..tetapi itu semua perasaan yang mungkin hanya sementara sahaja kerana selepas aku berperasaan begitu, aku pasti merindui dirinya.. Dan KENAPA aku harus berperasaan dan rasa seperti itu??
Dan juga aku terfikir, adakah kemungkinan nanti ketika hatiku sudah tertulis nama yang lain, nama dia masih muncul di fikiranku? Aku berharap biarpun dia muncul kelak, ianya hanyalah sebagai seorang kawan dan bukan sebagai seseorang yang pernah aku cintai. TETAPI ada juga kah kemungkinan yang dia akan kembali semula di dalam hidupku? Angin telinga sentiasa berbisik tidak mungkin kerana jika dia mahu aku, dia sudah kembali berbulan yang lalu.Bukan sekarang. Benar?
Hari hari aku berdoa supaya Allah sentiasa menunjukkan aku ke jalan yang
benar dan ke jalan yang diredhai olehNya.. Ya, walaupun sekarang ku
akui Allah telah tunjukkan satu persatu secara perlahan mengapa aku
tidak bersama dengannya dan cara untuk aku melepaskannya pergi. :')
Terima Kasih Ya Allah.
sas: Hadirlah jika hati benar-benar ikhlas ingin mencintaiku.
No comments:
Post a Comment