Pages

Wednesday, 21 November 2012

Cinta yang di hulur

Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya diam.
Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya memandang.
Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya seukir senyuman.
Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya berkata 'OK'.
Cinta yang kau hulur ku sambut dengan hanya merasa dari luaran.

Apa sudah jadi dengan aku ini?
Kenapa begitu kosong perasaanku?
Kejamkah aku jika aku menolak cintanya?

Sukar benar hatiku untuk mengukir namanya.
Sukar benar diri ini mahu menyambut cinta yang dihulur.
Sukar benar diri ini untuk menerima seseorang dalam hidup.
Sukar benar diri ini mahu beri peluang kepadanya.

Sedangkan dia setia di situ, menanti dan terus mencuba.
Detik, dua detik, tiga detik
Seringkali bertanya,
"Apa lagi yang kau nak hati?"

Kosong perasaan dan hati ini untuk menyambut cinta yang baru.


sas: Maafkan aku si penghulur cinta.


No comments:

Post a Comment