Pages

Tuesday, 9 October 2012

Hilang

Dalam kesamaran aku sedang berperang dengan pelbagai kertas dan perkataan-perkataan pelik yang aku terpaksa masukkan dalam otak ku ini, aku cuba untuk melakukan sesuatu yang aku rasa sangat sukar untuk ku lakukan.  Apa itu? Aku cuba HILANG kan diri ku dari dunia IT. Dari dunia internet yang sering sahaja menggoda diriku untuk menumpukan perhatian kepadanya sedangkan yang harusku belai adalah kekasih sementara ku iaitu subjek-subjek yang harusku hadapi lagi dua hari.

Bagiku tersangatlah susah untuk aku tinggalkan dunia yang sudah sebati denganku itu terutama sekali di lama sosial Twitter. Kerana ia sudah menjadi sahabat sejati, pendengar setia, pengrespon yang bagus dan juga boyfriend yang baik untuk aku sejak aku mula 'jatuh cinta' dengannya.  Bagaimana aku harus tinggalkannya dan hilang? hmmm

Aku juga mahu hilang untuk melihat sejauh mana orang yang caring mengenai hal aku, orang yang sering mengambil berat hal ku, orang yang sering berkata bahawa dia tak boleh lihat aku susah BETUL-BETUL benar kisah kan hal aku atau sekadar kata-kata sahaja.  Adakah mereka merindui aku seperti aku merindui mereka? Adakah mereka akan mencari aku?

Ya, jujurku katakan aku merindui orang-orang di dalam laman burung biru itu. Terutama sekali orang yang sering buatku tersenyum, bahagia, dan sentiasa memberiku semangat untuk terus berjalan dalam kehidupan yang penuh dengan drama ini.



 sas: sedang cuba hilang


No comments:

Post a Comment