Friday, 27 July 2012
Mengimbau kembali (i)
He: Thanks
Me: Sorry tanya, kita kenal ke hah? :)
He: Rasa tak :)
9 May 2011. Bermulalah perkenalan dua insan yang tidak mengenali antara satu sama lain. Dia hanya add aku di Facebook, dan aku hanya approved sahaja. Tapi sebelum aku approve tu, aku tengok dulu mutual friend dia, and gambar dia. Kot kot lah aku kenal ke kan. Hahaa ternyata aku tak kenal. Bila aku tengok gambar dia, first thing yang aku sebut, "tak hensem lah mamat ni, gemuk pulak tu. ntah siapa siapa lah yang add aku." Kemudian, aku hanya nampak dia online tapi tak pernah ada perasaan pun nak tegur sehinggaaaa........
Selang beberapa bulan selepas itu, August kalau tak silap aku, dia mula like apa yang aku post, gambar aku semua dan kami mula ber-chatting. HAHA time tu kalau korang nak tau, aku stalk dia dalam diam. Aku tengok semua gambar dia, aku tengok dia comment dengan siapa sampaikan aku pernah gelarkan dia playboy sebab main comment dengan ramai sangat perempuan. Bila aku tanya ada gf ke tak, dia taknak mengaku. Naahhh manalah aku tak tuduh dia macam tu. hee.. Then, dah lama lama tu, aku dapat rasa sesuatu. Suatu yang sangat lain. Aku mula berangan yang dia akan jadi kekasih hati aku. Aku siap tunjuk dekat kawan bilik lagi okay tak mamat ni. haha dorang kata okay je. Almost everyday dia teman aku study. Setiap malam. Sampaikan aku pernah gelarkan dia 'teman di waktu malam'. Setiap malam, kalau nak study, aku mesti online sebab nak hilangkan ngantuk, dan dia sentiasa menemani aku. Satu malam tu, dia ada ajak aku skype. Ya Allah, masa tu aku terkejut kot. Tak sangka ada orang ajak aku skype. Aku pun tolak dengan baik. Aku cakap aku tak biasa. Yelah kan, gilo ke apa orang yang baru kenal dah ajak aku skype. aisshhh memang tak lah kan. Dia pernah janji nak bagi aku bear besar.aku mintak bear yang lagi besar dari dia. HAHA demand kan aku. Dia kata mana nak cari bear yg besar dari dia sebab dia pun dah besar. HAHAHA comel. Sebelum raya dia wish aku, dan aku wish dia. Aku masih ingat, malam raya aku IM dengan dia sebab aku tak tidur lagi dan dia pun sama. Kami borak lama dan aku mengadu kat dia pasal bb aku ni haa..Theb dia cakap lah itu ini pasal bb.okay masa tu aku sepatah haram tak paham sebab aku tawar hati dengan bb baru aku tu. Selepas tu, aku busy dengan final dan ada conflict masa exam sem1 dulu sampaikan aku dah jarang online. Kami wish goodluck pun lepas beberapa final paper dah start. hmm
Habis sahaja semester 1, aku dah mula jarang online. Kalau kami nak borak pun, mesti sekejap sekejap. Tak pernah lama. Sentiasa sahaja apa yang kami send tu akan masuk as a massage. Setiap kali dia contact aku, aku rasa sangat happy walaupun aku tahu masa tu di hati dia ada orang lain. W. Hari hari aku tengok twitter dia. Aku baca conversation dia dengan W. Bila aku tahu di waktu itu dia sedang bersama dengan W, aku sedih sebab crush aku suka kat orang lain. Mula lah aku post benda benda jiwang je kan. haha dan dia perasan. Dia pernah tanya aku siapa yang aku suka. NAAAHHHH takkan lah aku nak jawab dia kan, malu lah aku. Hehee.. Bila bb aku dah elok, BIS pun dah activated, aku mintak bbpin dia. Aku mintak di fb, twitter, tapi sayangnya dia tak balas. Aku mula sedih dan fikir, 'oh mamat ni mungkin tak sudi kot nak bagi bbpin dia kat aku'.. Aku mula buat biasa sahaja dan masih menanti dia untuk contact aku di fb. ;)
Suatu malam, pada hujung bulan October 2011 tak silap aku, and masa tu dia baru lepas celebrated anniversary parents dia, dia mintak bbpin aku. Ya Allah, masa tu tak payah cakap lah kan betapa gembiranya aku sampai nak makan pun aku terbantut. HAHAHA.. Kami mula ber-bbm sampai lebam. Hari hari. Setiap masa. Tak pernah tak bbm. Walau busy macam mana pun aku masa tu, aku tetap reply bbm dia. Hey! Crush bbm kot. Of course lah suka. Setiap malam dia akan cakap dia akan tunggu aku tidur. Ya, setiap malam dia buat macam tu kadang kadang dia yang tertidur dulu sebab penat. Dannn bila dia panggil aku dengan gelaran CIKTAM, aku pun panggil dia MUNCIT sebab gambar DP dia masa tu nampak perut dia sikit..hehehee.. Hari Raya Haji. Aku gembira sebab dapat sambut dengan dia dan kenduri cousin aku, aku dapat kongsi segala apa yang aku rasa dengannya. Dari hal persiapan kahwin - photographer - pakai baju apa - make up - sakit - SEMUA lah.. Tak jemu jemu dia melayan aku. :') sampaikan aku tak sihat semasa kenduri itu pun dia risau. Bila dia kata dia risau, itu yang buatkan aku mula ada perasaan lain dari suka kat dia. Ngeee :3 *dia pernah cakap 'DEAR' kat aku masa tu >.<
Semasa kenduri, sudah semestinya kan orang ramai, sedara mara ramai. Hampir semua sedara mara aku yang hadir, pasti akan bertanyakan soalan yang sama kat aku. "bf orang mana? orang sana?" aku hanya mampu tersenyum dan cakap, "masih orang sini" *sambil terfikir diri dia. nama dia je dalam otak aku.* Hahaha kelakar kan. Cousin aku dah start sengih kerang sumbing dah kat aku bila aku cakap "still lagi berminat orang semenanjung" (*^.^*) Masa persiapan tu ada lah jugak dia bagi hint hint kat aku yang dia suka kat aku, tapi aku buat buat tak faham sebab malas nak layan sangat perasaan PERASAN ni kan..hehehe. Setiap malam sebelum tidur, aku mesti tanya pendapat cousin aku mengenai dia. 'macam mana kalau aku terjatuh cinta dengannya' 'macam mana kalau aku je yang bertepuk sebelah tangan' 'macam mana kalau aku terluka kan hatinya' haaaa hanya cousin aku je yang mampu melayan kerenah jiwa gediks aku time tu. HAHA.. Dan dan SETIAP MALAM aku kat kampung, dia akan menemani aku sambil kami mengenali diri masing-masing. hihihi
Lepas kenduri kat Penang, aku dan parents aku gerak balik ke kampung halaman aku yang satu lagi iaitu di Kelantan. Masa tu kat sana line tak berapa nak menarik sangatlah but still boleh bbm dengan dia. hey hey! Dia siap wish "have a save journey" lagi tau kat twitter. How sweet :') ngee.. Okay then ada satu malam tu, sebelum maghrib tak silap aku, masa aku tengah bersenang lenang bersama sedara mara dan mek(nenek) aku, TETIBA aku TERKEJUT terbaca tweets dia yang BIS dia dah tamat dan dan dia dah TAKNAK renew dah. Aku stalk lagi then ada ke dia jawab macam lebih kurang tak function pun kalau dia renew. Aku tanya pun, dia jawab benda yang sama. huhhh masa tu Allah sahaja yang tahu perasaan aku sampaikan mata aku berair mengalir kot! Muka aku terus jadi panas. Dalam hati ni haa toksah cerita lah, macam macam persoalan ada. 'tak sudi dah ke 'tak suka kita dah ke' 'ke sebab malas nak layan kerenah kita ni' hmm nasiblah masa tu tiada orang perasan riak muka aku macam mana. Selang sejam kot, aku pegi mandi solat semua, aku check fon aku, aku dapat SATU DM di Twitter. Aku baca DAN AKU SANGAT TERKEJUT SAMPAI TAK TAHU NAK CAKAP APA! Aku dapat satu ayat yang memang aku nantikan dari seseorang, iaitu luahan bahawa dia SUDAH JATUH CINTA denganKU. Danngggg!!! *terus lidah kelu* Happy? Ofcos lah kan sebab Crush kita luahkan something special! :DDDDD 27minit lepas dia send, aku hanya reply " :) " SAHAJA sebab aku taktahu nak reply apa. Kang tersalah reply, dia terasa pulak. Terusan malam tu aku bagitahu kat bestfriend aku pasal hal ni. HAHA seperti yang dijangka, bff aku tu menjerit bagai nak gila sebab ada someone cakap macam tu kat aku. HEHEE aku tetap tak reply lagi statement dia tu. Esoknya tu kat twitter dia penuh dengan dia post menanti jawapan aku je. Rasa serba salah menyelubungi diri aku. Sebab apa? sebab tak balas lah..
Then, malam tu, aku reply jugak dengan kekuatan yang ada. Aku bagitahu yang aku suka dia juga tapi tidak lagi merasa perasaan ke arah cinta. Syukur, dia memahami aku waktu itu kerana dia kenal aku ini jenis yang macam mana. THANKS :) Ada satu malam tu, dia post kat twitter dia "saya rindu awak" dan aku baca, terus aku post kat twitter aku, "if you miss me, text me" terusan dia bbm aku! :D haha comel kan? :B
After sesi luahan itu berlalu, aku berasa sangat bahagia, senyum tu tak payah hingatlah kan sampai lebih ke telinga.. Perbualan, perhubungan kami berjalan seperti biasa macam sedia kala cuma perasaan tu dah lain. hehee.. Masa otw balik dari kampung ke rumah memang aku selalunya off fon sebab aku tak suka text dalam kereta.nanti abah aku akan perli aku sibuk dengan fon je.. So aku amik keputusan untuk tidur je sepanjang perjalanan sambil menahan hati dan jari dari bbm dengan dia. :( Dia faham, itu yang buatkan aku selesa dengannya..............................................................................
sas: to be continue :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment