Pages

Sunday, 4 November 2012

Aku tahu

Aku tahu walau sekuat mana pun aku menjerit namamu
kamu takkan mendengar lagi

Aku tahu kalau aku hanya berdiri di sini sahaja
kamu takkan berpaling kembali

Aku tahu kalau aku cuba menunggumu
kamu takkan berpatah balik

Aku tahu jika aku terusan menangis
kamu takkan datang mengesat air mata ini

Aku tahu andai aku katakan aku cinta padamu
kamu takkan percaya

Aku tahu jika aku terusan mengatakan aku rindu padamu
kamu takkan senyum dan ungkapkan ayat yang sama kepadaku

Aku tahu semua isi hatimu bahawa
kamu takkan memahamiku

Aku tahu semuanya sudah terlambat
kamu takkan seperti dulu

Aku tahu segalanya..........


No comments:

Post a Comment