Pages

Sunday, 4 November 2012

Empangan

Empangan yang dulu kuat binaannya menjadi semakin rapuh dan rapuh sehingga pecah dan terkeluar air yang berada di dalamnya.

Kemudian empangan itu dibina semula dengan hasil kerja yang penuh dengan kegigihan supaya tidak bocor mahupun pecah dengan sepenuh tenaga dan sokongan dari pelbagai pihak.

Tapi empangan itu tidak sekukuh seperti yang dijangka kerana ia akhirnya tetap bocor dan empangan yang selama ini hanya bertahan berbulan akhirnya berlubang juga.

Air mula mengalir keluar tanpa sempat ditahan atau ditadah dengan lajunya seiring dengan desakan gelombang di dalam yang mengasak supaya air itu terus mengalir keluar.

Oleh kerana Hati memberi pelbagai pressure, akhirnya Empangan Air Mata tidak dapat menampung lagi jumlah air mata yang selama ini ditahan.




sas: air akan berhenti mengalir bila empangan dibina semula


2 comments:

  1. Curahkan semua air mata luka sampai kering. Sambil itu, kumpul bahan berkualiti untuk bina semula empangan. Dah siap semuanya, baru mulakan kerja bina semula empangan. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Sedang mencari semua barang yang berkualiti supaya empangan ini kukuh dan tidak pecah lagi.

    ReplyDelete