Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong .. kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong
Monday, 26 March 2012
Thursday, 22 March 2012
Aku kah yang bersalah?
Hari-hari aku tanya diri aku sendiri, apa salah aku sampai aku jadi begini. Hari-hari aku fikir. Setiap kali bangun tidur, mesti dia sahaja yang datang dek benak fikiranku. Tiada yang lain. Aku hampa pabila orang sekeliling yang tak mengenali diriku secara tiba-tiba membuat andaian yang bukan-bukan. Adakah korang tahu apa yang terjadi antara aku dan dia? tidak bukan? ya korang TIDAK tahu apa-apa pun. Tetapi kenapa masih ada yang cuba menuduh aku itu ini?
You have know NOTHING about me!
Tapi judge aku bukan-bukan. Cakap aku tak hargai dia yang dah bersusah payah buat pelbagai cara untuk dapatkan aku. Apa semua ni? Siapa kata aku tak hargai??? Korang tahukah apa yang aku buat kat dia sebagai balasan? TIDAK bukan? Hanya aku dan dia sahaja yang tahu. haaa kenapa suka menilai orang dengan hanya melihat luaran sahaja...
Seorang hamba Allah ni katakan padaku bahawa apa yang si dia terima itu tak setimpal dari apa yang seharusnya si dia dapat. Ya Allah. Tak setimpal? Apa lagi yang boleh aku lakukan. Aku hanyalah seorang perempuan, yang berada jauh nun seberang laut. Takkan lah aku nak terbang ke sana semata-mata ingin mengucapkan terima kasih dan memberi si dia sesuatu yang amat bermakna. Aku hanya boleh berterima kasih dan mengharapkan Allah akan membalas segala benda yang dia lakukan.
Aku tahu semua sahabat si dia tak tahu bahawa aku SAYANG si dia kerana aku tidak pernah tunjuk di laman sosial itu. Haruskah aku tunjuk perasaan sayang aku tu kepada umum? Rasanya tak perlu bukan. Kerana bagiku biarlah hanya aku, dia dan Tuhan sahaja yang tahu..
Adakah itu salah aku???huh --"
sas: bukan aku yang bersalah.
Sunday, 18 March 2012
40. 6. 1. 3.
Sudah 40 hari dari tarikh saya mula kehilangan awak. 6 minggu sudah berlalu sejak awak tinggalkan saya. 1 bulan sudah berlalu. 3 hari tidak bercakap dengan awak dalam telefon. Hari-hari saya mengira, menghitung hari tentang kehilangan awak dalam hidup saya. Dan saya tidak akan berhenti mengira sehingga awak hadir kembali dalam hidup saya ataupun sehingga hati saya sudah berubah. Hari-hari mesti ada sahaja kenangan kita yang lama menghantui hidup saya. Kenapa? Mungkin karena saya rindu akan awak yang jauh di sana.
Dalam kesibukkan saya membuat persiapan untuk menghadapi Final Exam, awak tetap muncul dalam kotak fikiran saya. Kalau boleh saya ingin buang jauh nama awak, muka awak, kenangan bersama awak seketika sehingga habis exam saya. Tetapi saya tidak mampu.
40 hari sudah berlalu awak. Adakah saya patut stay atau move on sahaja? Setiap hari, setiap kali selepas saya bangun dari tidur saya terfikir benda yang sama. 40 satu angka yang besar dan kalau diikutkan sudah lama pun. Tetapi saya tetap tidak boleh melupakan diri awak.
Saya rindu. Tersangat rindu. Tapi apa saya boleh buat? Saya sudah melafazkan kata rindu saya terhadap awak melalui DM Twitter.tetapi seperti biasa tiada jawapan dari awak. Itu sangat mengecawakan saya awak.
Semalam, saya mendapat berita yang menyedihkan saya. Saya perlukan seseorang untuk meluahkannya dan kebetulan awak online FB, saya tidak teragak-agak untuk meluahkan apa yang saya rasa sebab saya yakin awak sahaja yang bisa membuatkan saya tenang kembali. Awak, saya nangis semalam. Disaat saya dalam keadaan seperti itu, awak melayan saya seperti mahu tak mahu sahaja dan terusan awak hilang. Tahukah awak saya tunggu awak online kembali?saya tunggu awak.saya tunggu sampai pagi mengharapkan awak akan beri kata-kata semangat lagi kat saya. Tetapi sayangnya tidak.awak tidak membalas pun apa yang saya luahkan pada awak.
You said you still care about me. But why when I'm in trouble you 'walk away' just like that? Do you really care about me or just pretending that you still care?
Ya Allah, Dia sahaja yang tahu apa perasaaan saya masa tu. Saya nak call awak. Sangat nak call awak, tapi apabila awak menghilang......saya jadi buntu.buntu sangat sangat.
sas: mengharapakan 40 tidak menjadi 400.
Saturday, 17 March 2012
TERjumpa blog ini.
Hai awak, andai awak terjumpa blog ni, maknanya awak dah stalk saya dengan jayanyaa sebab saya tak bagitau sesiapa pun yang saya ada blog ni. Tahniah. Dan sekarang awak sedang membaca pun post saya yang ini. Ini baru post saya yang ketiga. Pasti awak akan baca post saya yang lain kan? Tak mustahil lah..sebab kebanyakkan nya nanti post saya mengenai awak je.. hee Welcome awak ke blog saya yang tak seberapa ni..heh :)
sas: malu tau saya
Wednesday, 14 March 2012
Baru.
Baru. Banyak benda baru yang aku belajar dalam kehidupan aku sejak kebelakangan ini. Antaranya adalah tentang erti sayang, rindu dan cinta. Kemunculan orang baru juga salah satu benda baru yang hadir dalam hidup aku. Nak tahu siapa? aha rahsia..hehee..
Nak cerita pasal orang baru tu. Dia muncul tanpa kusedari. Sentiasa muncul di depan mata tetapi aku tidak pandang walau sekilas pun akan kemunculannya. Hadirnya dia di laman Facebook. Laman sosial yang sangat terkenal tu. Dia add aku, then aku approve dia. Kami hanya mula berhubung sejak dia 'Like' gambar aku kalau tak salah lah.kemudian benda yang sama aku buat. Sejak dari haritu, kami sentiasa berhubung dan terus berhubung sampai Allah bukakan pintu hati kami untuk saling menyayangi. Kemunculannya bagaikan memberi sinar baru di dalam hidupku. Aku bahagia. Aku gembira. Aku rasa seperti indah sangat ketika itu. Tetapi sayangnya, tidak berpanjang. Hubungan kami terputus secara tiba-tiba tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Dia memutuskan ikatan sayang kami selama ini dan terus melangkah pergi meninggalkan aku dengan penuh persoalan. Mengapa? hmm mungkin sudah ada orang baru yang sudah menjadi penghuni dihatinya.. Aku pun cuba untuk mencari orang baru, tapi tak mampu kerana susah untuk aku mencari pengganti.
sas: sukar untuk mencari yang baru.
Saturday, 10 March 2012
Hey I'm Back!
Hey. Hi Assalamualaikum.. I'm back! Rindunya nak bekarya semula di lama velog ni.haha.. Tujuan buat balik blog ni sebab hmm terasa nak buat balik lah.dah lama tinggalkan zaman menaip dengan penuh perasaan ni kan.jadinya makanya jadilah satu blog yg dinamakan 'LalaLand of Sasasz'.. kenapa nama ni? hmm ntah lah. Mungkin sebab nak mencoretkan karya luahan hati di sini. oh ya.Gambar di atas ni tiada kena mengena dengan post saya ya. hee.. Selamat membaca. :)
sas: =)
Subscribe to:
Posts (Atom)