Pages

Wednesday, 23 January 2013

Berat

Sungguh. Pada mulanya memang aku berat untuk tinggalkan kisah silam kita kerana aku rasa aku tak yakin, aku tak percaya bahawa yang aku boleh jalan ke depan dan terus ke depan dan ke depan tanpa jatuh semula.

Berat. Sungguh berat. Perlu gunakan semangat yang banyak juga untuk bangkit dari 'kejatuhan' itu. Perlu sokongan yang padu untuk berjalan betul walaupun banyak kali juga goyang.

Lama kelamaan. Setelah hampir setahun, aku berjaya ringankan berat itu sedikit demi sedikit dan berjaya melangkah dengan betul semula. 

Alahaaaiiii hati.....
Berat juga bagiku untuk menerima yang baru jika yang lama masih belum sepenuhnya aku lepaskan. Ini semua mungkinkah kerana aku melangkah kehadapan tetapi dengan langkah yang berat?

Ya memang perit. Memang sakit memikul keberatan tu. Kebenarannya buat apa aku masih lagi membawa berat itu ke hulu hilir kalau ianya sering membebankan diriku sendiri. Aku kena wajib lepaskan berat itu juga supaya orang sekeliling berasa ringan ketika melihatku..

Sekarang. Berat itu tetap ada lagi walaupun tak banyak. Kerana. Aku masih pandang ke belakang beberapa kali. TETAPI, aku tidak lagi hanya berdiri di situ sahaja dan terus memandang ke belakang. MALAH, aku menoleh kehadapan semula dan teruskan langkahku meninggalkan zaman kejatuhan. 



sas: Mengharap selepas ini tiada lagi berat di hati yang harus dipikul



No comments:

Post a Comment