Pages

Wednesday, 23 January 2013

24113

Setiap kali melihat gambar kau bersama si dia di mana mana laman sesawang, aku mula sedar
"Siapalah aku dihatimu dahulu. Aku tidak sehebat dia. Aku tidak secantik dirinya. Aku jauh dari pandangan matamu. Aku tidak pandai. Aku tidak lembut. Malah, aku jauh lebih kasar darinya."

Seringkali juga aku rendahkan diri ini dan semakin hari semakin hari aku mula sedar bahawa aku sememangnya tidak padan denganmu. 

Hatiku cuma satu. Aku tersilap langkah dahulu. Aku terlambat membuka bicara mengenai isi hati sehinggakan kau berpaling pada yang lain.

Sakit. Aku yang salah tafsir. Aku yang silap menilai. Selama ini aku hanya di dalam 'cerita' ku sendiri tanpa sedar.

OH! Bodohnya aku selama ini. 12bulan melihat benda yang telah nyata kebenarannya tetapi aku sahaja yang tidak nampak.

Cilaka semua ini! Kesian hatiku. Sungguh sedih.



sas: Bukalah mata hati dan  sepasang mata ini wahai Pemilik Jiwa ku



No comments:

Post a Comment