Marah sungguh aku bila kau cuba nak menilai dan mengkritik pilihan hati aku.
Siapa kau untuk menilai semua itu?
Kenapa? Tak percaya??
Susah kan untuk kau percaya dan menerima hakikat bahawa aku sudah memilih dia sebagai buah hati aku yang terbaru. Dia dengan kau ada banyak perbezaan.
Dia ada waktu aku jatuh. Dia ada menemani aku ketika aku sedih. Dia ada bila aku mahukan teman untuk berbicara. Dia sentiasa ada di sisi aku!
Tapi kau? Kau? Mana kau? Kau yang lepaskan aku pergi dahulu. Kau yang pergi jauh dari aku. Dan sekarang dengan senang hatinya kau sering mengkritik pilihan natiku.
OH! Sekarang ini kau atau aku yang tak boleh nak terima hakikat yang sebenar?
Lucu sungguh perangai kau..
sas: Maaf bahasa ku kasar ketika marahkan dikau
Saturday, 26 January 2013
26113
Awak.
Saya mohon sangat...... Jangan tinggalkan saya.
Please stay!
Kerana saya sayang awak. Nama awak sudah pun mendapat tempat di hati saya..
sas: S.S.B
Wednesday, 23 January 2013
24113
Setiap kali melihat gambar kau bersama si dia di mana mana laman sesawang, aku mula sedar
"Siapalah aku dihatimu dahulu. Aku tidak sehebat dia. Aku tidak secantik dirinya. Aku jauh dari pandangan matamu. Aku tidak pandai. Aku tidak lembut. Malah, aku jauh lebih kasar darinya."
Seringkali juga aku rendahkan diri ini dan semakin hari semakin hari aku mula sedar bahawa aku sememangnya tidak padan denganmu.
Hatiku cuma satu. Aku tersilap langkah dahulu. Aku terlambat membuka bicara mengenai isi hati sehinggakan kau berpaling pada yang lain.
Sakit. Aku yang salah tafsir. Aku yang silap menilai. Selama ini aku hanya di dalam 'cerita' ku sendiri tanpa sedar.
OH! Bodohnya aku selama ini. 12bulan melihat benda yang telah nyata kebenarannya tetapi aku sahaja yang tidak nampak.
Cilaka semua ini! Kesian hatiku. Sungguh sedih.
sas: Bukalah mata hati dan sepasang mata ini wahai Pemilik Jiwa ku
Berat
Sungguh. Pada mulanya memang aku berat untuk tinggalkan kisah silam kita kerana aku rasa aku tak yakin, aku tak percaya bahawa yang aku boleh jalan ke depan dan terus ke depan dan ke depan tanpa jatuh semula.
Berat. Sungguh berat. Perlu gunakan semangat yang banyak juga untuk bangkit dari 'kejatuhan' itu. Perlu sokongan yang padu untuk berjalan betul walaupun banyak kali juga goyang.
Lama kelamaan. Setelah hampir setahun, aku berjaya ringankan berat itu sedikit demi sedikit dan berjaya melangkah dengan betul semula.
Alahaaaiiii hati.....
Berat juga bagiku untuk menerima yang baru jika yang lama masih belum sepenuhnya aku lepaskan. Ini semua mungkinkah kerana aku melangkah kehadapan tetapi dengan langkah yang berat?
Ya memang perit. Memang sakit memikul keberatan tu. Kebenarannya buat apa aku masih lagi membawa berat itu ke hulu hilir kalau ianya sering membebankan diriku sendiri. Aku kena wajib lepaskan berat itu juga supaya orang sekeliling berasa ringan ketika melihatku..
Sekarang. Berat itu tetap ada lagi walaupun tak banyak. Kerana. Aku masih pandang ke belakang beberapa kali. TETAPI, aku tidak lagi hanya berdiri di situ sahaja dan terus memandang ke belakang. MALAH, aku menoleh kehadapan semula dan teruskan langkahku meninggalkan zaman kejatuhan.
sas: Mengharap selepas ini tiada lagi berat di hati yang harus dipikul
Saturday, 5 January 2013
6113
Tuhan, janganlah Kau beri kebahagiaan ini hanya sekejap sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)