Detik setiap detik aku mengira waktu. Aku hulurkan kepala di jendela bilik, tetapi hampa kerana langit gelap di waktu malam. Mahu mengira bintang tetapi tiada. Mahu lihat bulan tetapi terlindung di sebalik bumbung penginapan pelajar perempuan. Oh! Aku mahu lihat apa. Pandang atas gelap, pandang depan kabur, pandang kiri kanan pening, pandang bawah pusing pusing.
Sebentar, dua bentar, aku penjamkan mata. Aku nampak dirinya. Aku nampak diri aku. Aku nampak kami berdua. Aku nampak bahagia. Aku nampak cinta. Aku nampak sinaran ke masa depan.
Rindu.
Ya rindu. Rindu yang aku cuba sampaikan dari ayat aku yang merepek ini.
*Maaf kepada pembaca kerana terlalu complicated kan mata dan pemikiran anda dengan ayat ayat yang belit ini..
sas: Rindu pada my kotak hati.
No comments:
Post a Comment