Pages

Friday, 20 September 2013

Mungkin

"Semalam saya mimpi dia"
"Siapa?"
"Dia lah......."
"Oh Okay. Ntah apa apa lah awak ni.. Tak perlu kot mimpi dia."
"Hurrmmm... Sejak memenjak ni selalu sangat nampak orang macam dia, terdengar suara macam dia.. Kenapa ekk awak rasa?"
"Rindu lah tu.."
"Mungkin........"




sas: Mungkin betul, mungkin juga tidak.



Saturday, 14 September 2013

Dunia MAR

Kau tarik tangan aku perlahan lahan. Kau genggam tanganku erat erat. Kau bawa diri ini masuk ke dunia lain tanpa paksaan.

Dunia yang sepatutnya aku rasa dua tahun yang lalu.
Dunia yang sepatutnya aku berada dua tahun yang lalu.

Tetapi.

Di dalam dunia ini, aku dapat rasa kelainan yang lain.yang berbeza dari dulu.  Indah. Ya. Semuanya buatkan hatiku berbunga semula seperti baru disiram dengan air air segar.

Terima Kasih Si Penggendong Hati ku.



sas: Walaupun berat, aku tahu kau mampu.



Habuk

Wahhh debunya laman sesawang ini.

Kesibukan dengan cinta baru sampaikan aku lupa untuk mengukir kata kata 'manja' di dada gersang mu wahai laman oren.

Sehingga si wira hati mengingatkan ku kembali mengenai kamu wahai laman oren, baru aku ada rasa mahu menyoteng semula. Hihi.. Aku harap kau tidak kisah bukan wahai teman ku yg lama?




sas: Tiup tiup habuk